"Just Chill No war"

Al-Khawater Program tv Yang Penuh Manfaat


Al-Khawatir Review 




         Al-Khawater sebuah rancangan yang berasal dari arab saudi yang memaparkan ikhsan manusia dan pembentukan akhlak yang terbaik kepada masyarakat di arab saudi.Rancangan ini mengajak masyarakat sedar akan kesalahan dan tingkah laku yang merosakan alam sekitar, masyarakat, agama dan kesedaran pentingnya memajukan diri dalam teknologi seiring dengan kemajuan dunia.

        Ahmad Mazin Al shugairi adalah entiti yang penting dalam rancangan ini kerana beliau sentiasa mengajak melakukan kebaikan kepada komunitinya terutama di arab saudi.Rancangan Al Khawatir juga memberi sumbagan kepada komuniti miskin di pelusuk dunia seperti di sudan,benua afrika mereka membina madrasah/sekolah untuk kanak-kanak miskin disana agar mendapat kemudahan pendidikan yang lebih selesa.

         Rancangan ini terdapat 11 musim bermula pada tahun 2005-2011 dan ditayangkan setiap pada musim ramadhan.Al Khawatir menginspirasikan anak muda dan penuh dengan ilmu yang bermanfaat.Mereka juga pernah membuat perbandingan sistem di jepun dan arab saudi dari segi pendidikan, teknologi dan, pengankutan pada musim yang kelima .Pada musim ini 5 ini banyak membuka mata kepada komuniti bahawa penduduk di jepun lebih mengamalkan apa yang diajarkan oleh islam dari segi sikap dan tangungjawab.

        Diharap banyak lagi program seperti ini yang dipaparkan agar dapat terus memberi inspirasi kepada masyarakat, agama dan bangsa.Di bawah ini saya sertakan rancangan Al khawatir yang boleh ditonton di youtube.sekian dan terima kasih kerana sudi menbaca entry kali ini.



Salah satu Video pada musim 5:






Video pada Musim terakhir musim 11(refugee isu):




Gambar Pengacara Ahmad Mazin Al shugair






       
     
Labels: Feature, Video

Thanks for reading Al-Khawater Program tv Yang Penuh Manfaat. Please share...!

0 Comment for "Al-Khawater Program tv Yang Penuh Manfaat"

Back To Top