"Just Chill No war"

Rendang Pedas (Simple Style)




Rendang Pedas Ayam (Simple style)



Hi guys entri kali ini saya nak kongsi resepi rendang pedas ayam versi simple yang selalu saya masak.Saya suka masak ayam rendang pedas yang simple sebab utama guna je lah bahan apa yang ada kat rumah.Resepi ni sesuai untuk 5-6 orang makan.Saya pasti setiap keluarga ada resepi yang tersendiri untuk masak rendang ayam.Jika ada salah silap haraf dimaafi.


Bahan2:

Bahan A (Blender) 

  • 1 labu Bwg Besar
  • 2 Tangkai Serai(1 tangkai blender 1 tangkai ketuk je)
  • Kunyit (besar ibu jari)
Bahan B
  • Gula Kabung secukup rasa
  • Garam secukup Rasa
  • 1tbs Cili kering(nak pedas tambah cili padi)
  • Kerisik
  • 1/2 kg santan
  • 3 helai Daun Kunyit
  • 1 ekor Ayam
  • 2 keping asam keping
Cara-Cara :
  • Masukan bahan2 blender, Masukan ayam, santan,serai yang diketuk,asam keping, kerisik ,cili kering,Gula kabung dan garam secukup rasa.kacau sedikit dan baru bukak api dapur.
  • Pastikan api dapur tak terlalu kuat.Api dapur sederhana 
  • Pastikan sentiasa kacau hinga ke bawah agar tidak hangit.kacau sehingga kuah kering.
  • Agak minyak naik dan kuah kering boleh la tutup api.
  • p/s:nak tungu kuah kering agak lama boleh memakan 1 jam atau lebih.tapi yang penting rasa dia umm.
Jika anda suka artikel ini sila share dan coment.Thank you for your reading.
Labels: Resepi

Thanks for reading Rendang Pedas (Simple Style). Please share...!

0 Comment for "Rendang Pedas (Simple Style)"

Back To Top