Perkahwinan berunsur nafsu
dan perkaataan cerai dijadikan sebagai mainan dikenal pasti menjadi antara
punca peningkatan penceraiaan di kalagan suami isteri berusia muda.Mereka tidak
memahami tujuan perkahwinan dan ramai dikalangan remaja dan pasangan muda
mengambi keputusan berkahwin di usia muda atas alasan tiak mahu bergelumang
dengan dosa padahal ketika itu mereka tidak mempunyai imu perkahwinan yang
cukup.
Penceraiaan boleh
difinasikan terputusnya keluarga kerana salah satu atau kedua pasangan
memutuskan untuk saling meningggalkan sehingga berhenti melakukan kewajipan
sebagai suami isteri.Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar,
Rasulullah SAW telah berspabda;
“Perbuatan halal yang
dimurkai Allah ialah talak” Riwayat Abu Daud dan Hakim.
Manakala firman Allah SWT,di
surah An Nisa’ ayat 19 bermaksud;
“Pergaulilah isterimu dengan
baik,sekiranya kamu benci kepada mereka,boleh jadi ada yang kamu benci itu Tuhan
akan menjadikan kebaikan yang banyak padanya”
Ayat Al-Quran dan Hadis di atas ini dengan jelas
memberikan kita penjelesan bahawa perceraian merupakan suatu perkara yang
paling dibenci oleh Allah SWT.Agama islam tidak menggalakan umatnya bercerai
berai, kerana akan mengakibatkan impikasi yang negatif kepada pasangan itu
sendiri, anak-anak, keluarga mahupun masyarakat amnya.
Dipetik
daripada Abn News Menteri Pembangunan Wanita,keluarga dan masyarakat, Datuk
Seri Rohani Abdul karim berkata, dalam tempoh antara januari hingga jun2013
lalu,sebanyak 22,306 kes penceraiaan direkodkan Jabatan Pendaftaraan
Negara.”Daripada 22,306 kes penceraiaan itu, 22,165 kes merupakan penceraiaan
pasangan yang beragama islam.Manakala statistik tahunan pula terus meningkat dari
tahun ke tahun pada 2012,jumlah kes penceraiaan adaah sebanyak 47,779 kes,43137
kes (2011) dan 38,000 kes pada 2010.
Tempoh percintaan yang lama
tidak menjanjikan kebahagian yang kekal ke hingga akhir hayat. Malah tempoh
percintaan yang terlalu lama menjadi punca penceraian. Hal ini kerana semasa
tempoh percintaan terlalu banyak yang dikongsi bersama sehingga apabila sang
suami atau isteri merasa bosan dan tiada apa lagi yang boleh dikongsi bersama
apabila mereka berkahwin.
Dalam zaman era globalisasi
ini tidak dinafikan sebelum berkahwin masing-masing bercinta dengan pasangan
yang lain.Malahan bercinta sebelum berkahwin telah diangap suatu budaya
kebiasaan dalam kalangan masyarakat.Ada ketika apabila bersatu sebagai suami
dan isteri barulah rahsia sebelum ini terbongkar.Ada suami berasa tertipu
apabila mendapati isteri yang disangka suci sudah tiada lagi dara pada malam
pertama dan apabila suami tidak dapat menerima kenyataan , tercetuslah
pergaduhan sehingga membawa kepada penceraiaan.
Tambahan lagi,berselindung
di sebalik perbuatan baik semasa percintaan juga boleh menjadi salah satu punca penceraiaan di
kalangan pasangan baru berkahwin.Semasa bercinta masing-masing berlagak baik
untuk menarik perhatian.Apabila berkahwin barulah perangai negatif pasangan di
tunjukan dan bermulalah timbul rasa jelik dan benci.Seharusnya pasangan muda
yang baru dan ingin berkahwin harus bersiap-sedia menerima segala kebaikan dan
keburukan pasangan.Jika sebelum berkahwin kita boleh melihat nilai positif
dalam pasangan mengapa selepas berkahwin kita tidak dapat menerima keburukan,
hargai pasangan masing-masing dan pada masa yang sama berseronoklah dengan
pesammaan pasangan.
Di samping itu Masalah
kewangan yang tidak stabil.Ada sesetengah pihak mengatakan masalah kewangan
menjadi punca utama dalam penceraiaan namun pendapat ini terlau longar dan
boleh ditepis.Memang benar wang menjadi sumber yang penting dalam kehidupan
rumah tangga.Suami isteri bekerja keras mencari wang bagi menyara kehidupan
keluarga.Namun akibatnya ibu bapa kurang kekangan masa denga anak-anak
mereka.kesempiitan wang juga menyebabkan pasangan bertukar menjadi runsing dan
menambah bebanan sehingga megangu emosi dan mental pasangan.
Bagi pasangan suami atau
isteri yang pernah melalui kehidupan susah pasti dapat melalui kehidupan dengan
tabah dan mudah.Namun bagi pasangan yang dating bukan daripada eluarga yang
susah menghadapi kesukaran untuk menjalini kehidupan seharian.Pasangan mula
membuat perbandingan kehidupan dulu dan sekarang.Antara punaya malu degan kaum
keluarga dan kerabat.Golongan muda terutamanya sebelum berahwin yag tidak penah
merasa susah payah akhirnya terjebak dalam peceraiann akibat tidak dapat
memenuhi kewajipan memberi nafkah sebagai suami.Maka bermulalah episode
penceraiaan yang berterusan.
Reference:
Labels:
Berita
Thanks for reading BECERAI DI USIA MUDA SEMAKIN MENINGKAT. Please share...!
0 Comment for "BECERAI DI USIA MUDA SEMAKIN MENINGKAT"